6.3.09

kalau tak boleh pandang belakang, ayuh ikut aku pandang depan

entri ini juga perlukan imaginasi kamu. tanpa imaginasi, tiada magis.

***

"kak, please drive for me. rasa malas pulak nak drive. kereta malaysia tak sama dengan kereta kat auckland tu"

dialog itu bersahut dengan tawa gelak terbahak dari aku. sambil tu selendang dibetul-betulkan. mekap kasi tipis saja. tak ada lipstik. kang alergik, habis aku. cukup takat pakai bedak muka, celak sikit and...perfume.
kasut, handphone, purse, handbag.

aku sempat pandang cermin sebelum keluar dari bilik. great!

"ngada la kau ni. eee..nasib baik ada sorang je adik pompuan. reunion tu kat mana?"

terdengar kunci kereta dicapai dari dinding.

"hihi..aku tau kau baik. jap...em let see...kat...tgb. eit, nanti cakap dengan abah and umi, maybe kitorang round-round melaka sekali tau"
"balik nanti?" enjin kereta berderum kuat.
"pandai-pandai la aku balik. kan aku dah 28. i'm not a kid anymore, kak"
"ye la tu...but you still kid to me"

***fast foward***

"yana! meyna!"
"AAAA! farahin!"

bersorak sakan kami semua. berpelukan sudah tak terkira.

dari kejauhan tu jugak aku nampak dua tiga lelaki sedang galak borak. muka masing-masing sukar nak aku tafsirkan dan cam. semuanya berpakaian kasual, namun, masih lagi tampak segak. rambut tidak lagi sekusut-masai tika dulu kala. imej sudah melambangkan mereka menginjak usia matang. bukan pra-matang lagi. di satu sudut lain pula, ternampak beberapa lelaki dan perempuan lain. juga sedang berborak dan menikmati segala bagai juadah.

aku senyum. segalanya berubah.

"bila due dia yana?"
"lambat lagi. baru four months ni"
"wah...kau meyna, where's your husband?"
"tu, kat sana. amek air untuk aku"

aku senyum lagi.

"aku nak jumpa pija jap. excuse me ladies"

"pija!"
"woi pain!" gelak tawa bersatu.
"walamak...kau still macam dulu ek"
"ek ek jangan main eh..aku baling shelipor kang!" aku paling pada suara tu. jamal!
"weyh unta!"
"jangan la panggil unta. bini aku tau kang"
"mana bini kau?"
"tu haa" pija tunjuk.

sesuai. sangat sesuai. orang johor katanya. aku mengundur diri untuk ketemu rakan yang lain.

engineer yang berjaya. masing-masing gah dengan title.

azrul, hairman, bob, syazwan, hanif. semua dah berpasangan. kalau tak bawak bini, bawak tunang. kalau bukan tunang, pasti kekasih hati. tapi, tak lihat pula kelibat pasangan syazwan.

"mana soulmate kau, wan?"
"on call. pukul lima petang esok baru balik"
"hihihi. sabar la ya, wan"

syazwan hanya mampu calitkan senyuman dan kemudian, sambung borak dengan sahabat yang lain. apa lagi ingin dibicarakan bila berkumpul begini ramai?

kehidupan. pasangan. kerja. kenalan.

"weyh, haziq sms aku tadi. dia mintak maaf sebab tak boleh nak attend reunion ni. katanya, balik honeymoon from China, dia post-kan sorang-sorang souvenir" syaqif, peguam bicara yang boleh tahan lagaknya, melaungkan sekuatnya pengumuman itu.

"haziq dah nikah ke?" aku soal lisa.
"dah. raya puasa tahun lepas"
"owh..ye ke"

mana mungkin aku hadiri majlis pernikahan itu. tika itu aku masih bizi menstabilkan kehidupan sendiri.

cikgu seha...aku lempiaskan ketawa dalam hati. tak pernah sangka dia jadik cikgu. fashion seha dah lain sekarang ni. tip-top. begitu juga dengan doktor hosni. siapa sangka budak yang dulu penuh idea lucu dalam kepala otak berubah menjadi seorang tabib moden?

tak semua yang hadir rupanya. intan tiada. pasti sibuk dengan kerja sebagai pakar sakit puan. mire juga tiada kelibatnya. ikut husband duduk dekat oversea ke? kak chik pula, entah la...iqbal...

"kau bila lagi pain?" tersentak aku dengan soalan azwa.
izat dah senyum-senyum. aku makin bingung.

"bila apanya?"
"having someone speci..."

TAP!

pukulan manja kena pada azwa. aku tawa lagi.

"tak sampai seru la. hahahahaha. mungkin takkan pernah ada seru kot. hahaha"
"aih, takkan tak ada kot" izat celah habis.

diam lagi better dari komen apa-apa. aku putuskan untuk mengubah tajuk perbualan.

***

petang yang indah menyaksikan 506 bersatu kembali....

***

p/s [1] : kali ni aku pandang depan. amacam? siapa berani nak marah aku?
p/s [2] : ini hanya rekaan. tak tau betul ke tak bila masa akan datang

9 comments:

KiteKamu said...

hahaha...
mmg pndg depan btol nih..
smpaikn trlalu jauh ko pndg..
agak2 dlm imaginasi ko tuh bleh tau ke sape bini aku??
nk gak ak tau..
hahaha

p/s..ak bkn engineer la...scientist!!!InsyaAllah..

bawangmerah said...

hohoho...jauh sangat ke aku pandang? layan je laa~~
kalau ikot imaginasi aku, aku bayangkan bini kau tu mesti macam...
macam seha kot. tp up sikit la.
hahaha.

p/s : owh, ko jadik scientist kah? gudluck!

pja_chan said...

gle dpan abes nih pain.
klu org nak marah lg xtau ar.
hehe.
nsb bek kuar gak nama ak klu x mmg ak da tmbak ko hehe~

bawangmerah said...

pja,
hahahaha. aku pandang belakang, kene sound. skali aku pandang depan, korang cakap depan sangat pulak?
macam-macam la korang ni.
katon betul.
semua nama aku sebut pija. tak ada yang trtinggal. =)

Yoon Dami said...

hahha..mmg sume name ko sebut..meh sni,ak berani marah ko
AKU DATANG R WEH!!!!!
PEHAL PLAK AK TAKDE!
SIS AK AD,OF COURSE AK AD
ak gi jmpe ex rumate ak jap..hahahhaa
diorg tetibe lak ad kt situ

IBNUSIS said...

salam

perghhh
best giler
layan beb

hmmm
camna kau tau aku honeymoon kat China???
Sorry sgt2 x jemput korg g majlis aku

hmmm
xpe2 nanti aku jemput tuk majlis yg kedua plak..doa2 la tuk aku

fain good job
nice work
truskan usaha

bawangmerah said...

yoon,
mak aih....sampai capslock.
ye ye. mu dtg nanti.
pahal ex rumate kau ade skali?
no no no way!
pertemuan hanya dihadiri oleh 506 saje.

ibnusis,
er...aku agak2 je kau honeymoon kat sane.
seriyes ke kau nak brcuti kat china?

thanx haziq. =)

IBNUSIS said...

kau agak or sengaja ni???

mushkil ni?? mushkil???
takpe la
tapi bgs post ni

bawangmerah said...

ibnusis,
=) thanx for the compliment.