aaih!!
tiba-tiba, perasaan ingin menimba ilmu biologi menjalar dalam diri. huh, apa kes?
tak kisah la apa kes dia. dah memang aku terasa macam tu. nak buat macam mana kan? aku mana ada kuasa nak halang feeling-feeling dari masuk ke saluran arteri, vena dan kapilari meresap ke dalam tubuh ni. jadik, kebarangkalian aku merindui subjek biologi sangat lah tinggi ok. lagi-lagi aku merindui tangan hangat cikgu rae.
"cikgu, apa kabar cikgu di sana? maafkan saya tak es-sem-mes cikgu. saya sibuk"
ah, alasan klise semata. kan?
tapi itulah kebenarannya. program a-level tesl makin padat. aktiviti kokurikulum tak terkira sudah. kelas petang tak mengenal lagi erti kepenatan seorang budak genit macam aku. atmosfera peperiksaan makin mengambil ruang oksigen aku. maka, pernafasan sudah tercungap-cungap. emosi pula berantakan habis. tanah bagai tak cukup nak dijejak gara-gara mengejar kelas sana-sini.
"oh Tuhan, kasi aku kekuatan. boleh kan?"
program tesl tidak sesekali menyentuh kulit-kulit ilmu sains. waima sedikit pun tidak. segalanya berkisar cerita bahasa (baca : language). cerita rakyat (baca : sosiologi).
"cikgu, lepas level ni, saya tak boleh tinggi lagi ke?"
"cikgu, dari sini, darah tu nak pergi mana?"
"cikgu, macam mana nak tau? saya takmo jadik pembawa"
"cikgu, saya ni darah apa? A, B, AB atau O? konfius la"
betapa tololnya aku dahulu kala tapi cikgu rae tetap layan aku. tetap tersenyum. tetap bertutur kata penuh hikmah.
"cikgu, betul tak cara saya label gambar rajah ni? ngeee..."
ni lah yang terjadik pada budak genit kalau merindui sangat-sangat subjek biologi. habis dicontengnya gambar.
apa kata korang pos gambar korang yang terbaru pulak?
p/s : gambar itu bertarikh 05.03.09. sekian terima kasih
4 comments:
eeeeeeeeeee
ni muke pain @ monster???
p/s: akak cleaner kt utp (blok 13) agak cun!!
hahaha..mcm2 la ko nih pain..
ade ke nk blaja psl air mani?
air yg hina tu ko nk kaji??
hahaha
ps:xdpt la ak nk post gmbr trbaru aku..
jap lg knpem kene kutuk gemok!!!
hahaha
gmbo edit
sb tuh xda jerawat
hairman,
kau cakap monster, aku teringat budak kecik dalam monster inc. hihi.
bob,
eh, belajar pasal air mani, menarik apa?
tanpa sperma dan ovum, tiada nya terbentuk kandungan dalam rahim =)
p/s: aduhai...ang gemok2 pon, ade orang rindu kat ang!
syazwan,
aku dah agak dah ade orang kate gambar tu di-edit. walhal, sikit pon aku tak edit!
aku just tambah2 words dan anak panah.
jeles eh aku takde jerawat?
hehehe.
aku pakai....SKII
lalala~~
Post a Comment