28.11.09

aku bukan sahabat yang baik untuk kamu semua

sebab.

ada banyak sebab yang boleh aku berikan. tapi, untuk hari ini, aku ingin bentangkan sebab yang paling jelas di mata kasar kamu semua, yakni, aku makin layu dalam mengingati tarikh-tarikh lahir kalian.

sebelum aku bermadah bicara lebih lanjut, izinkan aku mengucapkan kata maaf.
klise, tapi apa lagi mampu aku buat? cuma maaf dan maaf yang boleh aku pintakan.
dan sesungguhnya, aku mengharapkan kalian yang berhati mulia akan memaafkan kekhilafan aku ini. sedarlah, aku hanya satu figura yang penuh dengan elemen kelemahan seperti, dalam konteks ini, aku lemah dalam menjaga hati-hati kalian.

ah, manusia selalu bikin alasan untuk melepaskan diri, kan? tapi, aku ikhlas ni. jadi, tolonglah maafkan aku.

***

aku masih ingat, tika tarikh lahir aku berlabuh, hidup aku dalam satu hari keramat itu penuh dengan pengucapan daripada kamu-kamu. walau sekadar melalui teks ringkas, nyata teknologi membantu kita untuk terus berhubung. aku pasangkan senyuman paling panjang di muka dan hati terharu mengenangkan betapa hebat kalian mengingati aku.

untuk itu, terima kasih.

***

tarikh penting tersebut terus meninggalkan aku dan aku lalui detik-detik hidup yang penuh kesibukan. ye, aku lelah malah aku letih hinggakan tapak kaki bagai tidak terpijak dek tanah. terasa masa cukup pantas ghaib dan lesap begitu saja. dalam benak ini, hanya aku fikirkan kerja, kuiz, peperiksaan, ulangkaji. proses pemikiran itu dikerjakan berulang-ulang untuk kesekian waktunya. maka, secara jujur aku katakan, tiada sezarah ruangan dalam benak itu yang boleh aku sisipkan tarikh-tarikh lahir kalian.
aku terlupa dan teralpa.

azrul, sebagai contohnya, benar-benar aku terlupa akan tarikhnya. lantas, maha besar dosa yang terjatuh di kiri kanan bahu aku. kalian tahu bukan bahawa aku dan dia cukup, memang cukup rapat. pun begitu, kuasa keakraban sebuah persahabatan tidak dapat terus kekal bertapak dalam hati ini bila aku memulakan nafas baru di kolej.
azrul, maafkan aku, ya?

begitu juga dengan kes pija. aku memang jahat, kan sayang? andai kau tidak tangkap aku malam itu, entah sampai bila akan aku tersedar semula. apa-apa pun, suara kau masih yang dulu dan aku patut ungkapkan kata terima kasih kepada kau atas satu malam yang indah.

bukan sengaja untuk tidak ucapkan "selamat ulang tahun kelahiran" tapi kesibukan sunguh-sungguh memakan diri aku.
aku harap kalian faham.

telah aku katakan seperti di atas - aku bukan sahabat yang baik untuk kamu semua.


p/s : entri ini hanya menginginkan satu kemaafan. tiada yang lain.

7 comments:

Azrul Azwar said...

tak pernah terniat tuk memafkan...
sebab tak de salah pu ko kat aku..

lupe? ala, lek la..
aku pun dibantu oleh reminder henset..
kalo tak, burfday aku un aku tak igt...:D

Lord Hosni the Wise said...

sy juga mahu memohon maaf kepada pija dan azrul kerane terlupe bday ande2 semua..

almaklumlah baru tukar enset jd reminder sume tadak...

btw pai, apsal ko bdak alvel mcam lg bz dr aku bdak IB?

u make me worry

pja_chan said...

farahin, its ok.

ak da tau da ko mmg camtuh hehe.

xpe2. menerima sifat rakan tu kan penting dlm persahabatan.

ak pon epy sbb ko masih sperti yg dlu.

penuh gelak ketawa je malam tu kan?

thn dpn insyaAllah ak xleh call da kan?

so xpe2. ak xmarah =)

farahin said...

azrul,
gile sibuk kau. birthday sendiri pun ada tendency nak lupa eh?

lord,
aku budak tesl. tiap2 hari ada presentation.
budak engin tak. dorang joli manjang.

pja,
tahun depan kau call dari jepon aa!

Wan Harun said...

sb manusia itu an-nas
pelupa :)

farahin said...

syazwan,
tau takpe. bukan malaikat kan?

KiteKamu said...

sob2~