19.11.09

abang

dulu, aku berlipur lara tentang hikayat aku dan dia.
sekarang, izinkan aku bercerita kisah yang lain pula.

***

kaki menapak keluar.
dalam bilik itu aku rasa sesak nafas.
entah, tiba-tiba rasa begitu.
hakikatnya, aku lemas bernafas dalam dimensi yang mana manusia-manusianya sedang galak menangis, bersendu, bersedih, berhiba.

tembok ego tak mahu lagi aku pecahkan.
aku dapatkan abang cepat.

"apsal kau tak join dorang?" dia tanya.

lagak seperti tak puas hati bila lihat aku belum mahu titiskan air mata perpisahan seperti perempuan lain.

"nanti lah"

aku lihat muka abang keronyok sedikit.
silap.
keronyok banyak sejujurnya.
ye lah.
ini hari terakhir.
ini hari penghabisan.
ini saki-baki yang tinggal.

aku dan abang akan pisah.
pisah kejap lagi.

abang campak kayu atas bumbung.
berdua kami duduk atas hamparan rumput kering.

TAP!

lagi sekali abang baling ranting kayu mati.
atas bumbung bangunan yang kami hadap, aku lihat macam-macam objek telah dia buangkan.
namakan sahaja.
kayu buruk. batu kecil. kaki kerusi.

"kejap lagi, kita semua dah tak jumpa"
"lek aa" dia cuba tenang-tenangkan aku.

aku cuma mampu perhatikan kelakuan abang.

"weyh, aku pun nak baling jugak"

terus tangan capai batu sebesar penumbuk yang betul-betul ada dalam lingkungan radius aku dan abang.
tanpa akal waras, aku panjangkan tangan lalu

"paaiin!"

aku sempat dengar suara abang di balik telinga,
tapi yang lebih jelas adalah bunyi



kaca pecah.


erk.

aku tercengang.


otomatis, manusia dalam bilik itu terus menancap pada cermin yang sudah berantakan seribu.
sememangnya mereka tiada klu dengan apa yang baru berlaku.
mimik-mimik mereka hanya mencuakkan aku.
aku diserang perasaan takut.

lantas aku pandang abang.
saat itu, jantung berdegup lebih kencang dari kadar normalnya.
pandangan itu sebenarnya sedang memintakan kata-kata abang yang mampu tenangkan aku kembali.

"aku baru je nak halang kau tadi, kau terus baling batu tu"

aku sengih.
tanda aku tidak mahu mengaku salah.



haih, apa khabar cermin di 506 itu?

6 comments:

HE said...

pain = dak pompuan pertama aku jumpe pecahkan cermin klas

pain = dak pompuan pertama aku jumpe conteng kat dinding kelas


pain = nakal!!!

Wan Harun said...

and i teached her :D

farahin said...

hahaha..yeah, thanks to wan!!

lordhosni said...

its taught, not teached

=)

pja_chan said...

haa. ak tau sapa abang ko tuh.boleh bayang kot.

farahin said...

pja_chan,
siapa?