22.2.09

kisah budak pendek dan budak jawa

meh sini dekat-dekat. aku mau putarkan kenangan lalu. kenangan antara kamu-kamu yang aku cintakan.
tapi cerita ini aku spesifikasikan kepada seorang saja.
pun gitu, jangan lah makan hati.
kalau Tuhan izinkan, aku akan titipkan kenangan antara aku dan kamu pula. ok?

ini kisah budak pendek (sila baca: comel) dan juga seorang budak jawa.

owh, aku lupa.

budak jawa ada dua, maka aku pilihkan yang satu itu. yang selalu bermain bola keranjang, yang selalu makan dadih, yang ambil berat akan semua orang, yang terel addmath dan fizik, yang selalu tertidur tika atmosfera subjek sejarah mengambil ruang kelas. iye, kamu. kamu yang duduk di bangi tu.

jom kita kembali zaman kita jadik budak form four. masuk kelas yang baru tu. luasnya!
tapi kedudukan kelas macam hape. ingat lagi sesi perkenalan. tika itu prep malam. aku bizi coretkan assigments aku, namun demi hormatkan kalian-kalian yang baru masuk, aku berhenti. mendengar tiap patah perkenalan kamu semua. masing-masing masih malu. melihat kau melintas mata aku, tercetus satu komentar dari hati,

"poyo nye"

kata orang, tak kenal maka tak cinta, kan?
itu cuma impressi pertama aku terhadap kau. negatif? owh tidak tidak. itu separa negatif dan positif, tapi terletak pada kamu untuk klasifikasikan kepada apa. yang penting, aku hanya jujurkan apa yang terkeluar dari hati.

malam perkenalan, aku sempat tangkap huruf-huruf yang berbunyi H.O.S.N.I. barangkali sebab dia ejakan dalam satu kertas yang mudah untuk aku baca dalam hati. tapi, nama kau...hmm..sumpah aku tak dengar. iye, aku langsung tak dengar ok. mungkin kau lontarkan separa jelas dan telinga aku lambat menangkap. maka aku tak dengar.

"ha? apa nama dia?"

aku soalkan pada manusia sebelah.

ingat lagi bila cikgu suhaili tak puas hati dengan koordinat kelas. huh, aku pun tak puas hati jugak. bahkan, aku rasa macam nak keluar dari kelas tu. nasib baik kita ada cikgu suhaili, kan?
dan cikgu tempatkan kau di belakang barisan aku.

dari situ kita bercakap dan cakap. baru aku tau seribu satu perkara tentang kau. macam-macam. paling tak boleh bla, kita kongsi lagu yang baru dengar. ingat lagi lirik yang aku calitkan atas kertas biasa? entah ke mana hilangnya kertas tu.

banyak kali juga aku toleh belakang. berbicara dengan insan sebelah kau. dengan kau. hingga terbit kemesraan.

owh indahnya dunia form four!

pun begitu, bila jadik budak form five, satu perubahan drastik berlaku. atas siapa? aku bingung saat tu. aku yang berubah kah? atau kau? atau atmosfera kita?
yang mana satu?
ah, persetankan tu semua. aku masih tetap aku yang dulu. tiada beza. gelak tawa aku masih sama. suara aku masih yang itu. kepala aku gila-gila jugak. awal tahun memang menyakitkan hati aku. tapi aku tak salahkan sesiapa. aku salahkan keadaan. ya, keadaan. barangkali kamu-kamu semua sudah matang. maklum saja, kita kan budak form five. cuma aku ini yang masih kebudakan, yang masih tidak mahu pegang pada realiti yang aku memegang usia tujuhbelas tahun. huh, ada aku kesah?

manusia mengata di belakang

"kenapa dia cam tu ha?"

aku tersenyum sinis. mana aku tau. nak aku jawab

"batu hempap kepala dia, jadik dia bengong seketika"

atau

"kepala terhantuk kat dinding. fius dia terputus sikit"

begitu?

tapi syukur, kau macam sami buddha untuk moment yang sementara. meski ada satu hari, aku tolol tentang fizik. aku berkira mahu tanyakan kau. dan kau tolong aku antara reaksi nak dan taknak.
hati ni tidak sensitif mana hinggalah dia katakan

"kau nampak tak yang dia layan kau macam nak tak nak?"

aku pekakkan telinga. aku biarkan kenyataan tu berlalu dibawa angin sejuk. walau hati ni sudah cukup setuju.

kemudian, adanya krisis. entahlah. soal koordinat meja dan kerusi yang menjadi isu. kerana demokrasi, kita berdiskusi bagai nak gila. macam tiada hari esok untuk kita-kita. haih...aku pikir kamu-kamu sudah matang, rupanya tu cuma ilusi semata.

aku senyum.

kamu-kamu masih lagi sahabat aku. yang kepala tak betul. yang patah perkataan mengundang tawa. yang hatinya terasa dekat saja pada aku. kematangan itu cuma satu kain halus yang menutup diri kamu semua. padahal, kita masih budak hingusan walau pegang status budak form five.

"mereka masih yang dulu"

aku senyum lagi.

ya...krisis tu cukup merenggangkan hubungan kita. macam hape. bagai api dalam sekam. luar tampak elok, dalam tampak api menjulang tinggi.
lalu aku rasakan

"bila nak berakhir semua ni?"

demokrasi jadik pilihan, tapi ada jugak pihak yang bangkang. ah, manusia. memang begitu kan?
dan sahabat, aku penat menjaga hati kalian.
iye, aku jujurkan apa yang ada di hati.
tempoh itu cukup menyeksa hati aku yang sekeping ini. sungguh.
hendak jagakan sahabat yang ini, sahabat itu pula terasa. jadik, bagaimana?
jika kau ada dalam situasi aku, apa yang kau buat?

aku pilih untuk biarkan saja. sebab aku pegang kata

"carik-carik bulu ayam, akhirnya jumpa juga".

kita kan adik-beradik. kenapa perlu berbalah?

ooppss..aku makin melalut. ok, ok. ayuh kembali pada cerita aku.

dan kemudian, aku bersama dengan kau. iye, dengan kau. di sebelah kau. dengan adanya hosni dan sahabat yang korang selalu tawakan. hahaha.

indahnya dunia form five!

tapi indah mana, masa seakan cepat berlari. kritikal mana keadaan kita, kita galas sama-sama. sesenang mana keadaan kita, kita kongsi sama-sama.
pahit bercampur manis. kenangan aku berkocak warna-warni. rasa macam tidak mahu berganjak dari dunia budak form five. biarlah tarikh spm statik di situ. dan biarlah kita hidup selamanya dalam dunia ciptaan kita.

owh ya, ingat lagi tak, saat spm mendekati kita, kita bersama sahabat lain mengangkat raket dan melambung bulu tangkis bersama?
bila masa aku sakit tangan, kau jeling dengan panahan mata memberi arahan

"jangan main farahin, nanti tangan sakit"

lalu aku tidak ambil pusing dengan amaran tu. aku butakan saja renungan tajam kau. jahat kan aku ni?
kemudian kau merajuk dan aku bingung tahap karma memikirkan bagaimana ingin memujuk kau. kau selalu begitu. meletakkan aku dalam situasi yang sukar.
namun aku tau, kau lakukan demikian sebab kau punya hati yang luas. hati yang luhur. yang selalu ingin mengambil berat akan semua orang.

terima kasih.


*diam*


kini, kita di mana?


*diam lagi*


sudah la, aku ingin berhenti berlipur lara tentang kisah kita. sebab sebak makin memenuhi dada ini. cuma aku ingin kau tahu, harta kenangan antara kau dan aku cukup berharga. ye, sangat.
mana mungkin limakosongenam ditukar ganti?
mana mungkin..
tiada yang lain, hanya kita-kita yang unik. hanya kita-kita yang terbaik. hanya kita-kita yang gila. kebudakan.

*senyum*

kalau diizinkan Tuhan, aku kepingin bertemu kamu.

"moga kau bahagia"

2 comments:

Syazwan Harun said...

hahaha
series aku igt hosni tulis~

Anonymous said...

wah...ader org tulis psl aku..
nice2~
aku un nk tulis la psl org...
kih7~