28.11.09

aku bukan sahabat yang baik untuk kamu semua

sebab.

ada banyak sebab yang boleh aku berikan. tapi, untuk hari ini, aku ingin bentangkan sebab yang paling jelas di mata kasar kamu semua, yakni, aku makin layu dalam mengingati tarikh-tarikh lahir kalian.

sebelum aku bermadah bicara lebih lanjut, izinkan aku mengucapkan kata maaf.
klise, tapi apa lagi mampu aku buat? cuma maaf dan maaf yang boleh aku pintakan.
dan sesungguhnya, aku mengharapkan kalian yang berhati mulia akan memaafkan kekhilafan aku ini. sedarlah, aku hanya satu figura yang penuh dengan elemen kelemahan seperti, dalam konteks ini, aku lemah dalam menjaga hati-hati kalian.

ah, manusia selalu bikin alasan untuk melepaskan diri, kan? tapi, aku ikhlas ni. jadi, tolonglah maafkan aku.

***

aku masih ingat, tika tarikh lahir aku berlabuh, hidup aku dalam satu hari keramat itu penuh dengan pengucapan daripada kamu-kamu. walau sekadar melalui teks ringkas, nyata teknologi membantu kita untuk terus berhubung. aku pasangkan senyuman paling panjang di muka dan hati terharu mengenangkan betapa hebat kalian mengingati aku.

untuk itu, terima kasih.

***

tarikh penting tersebut terus meninggalkan aku dan aku lalui detik-detik hidup yang penuh kesibukan. ye, aku lelah malah aku letih hinggakan tapak kaki bagai tidak terpijak dek tanah. terasa masa cukup pantas ghaib dan lesap begitu saja. dalam benak ini, hanya aku fikirkan kerja, kuiz, peperiksaan, ulangkaji. proses pemikiran itu dikerjakan berulang-ulang untuk kesekian waktunya. maka, secara jujur aku katakan, tiada sezarah ruangan dalam benak itu yang boleh aku sisipkan tarikh-tarikh lahir kalian.
aku terlupa dan teralpa.

azrul, sebagai contohnya, benar-benar aku terlupa akan tarikhnya. lantas, maha besar dosa yang terjatuh di kiri kanan bahu aku. kalian tahu bukan bahawa aku dan dia cukup, memang cukup rapat. pun begitu, kuasa keakraban sebuah persahabatan tidak dapat terus kekal bertapak dalam hati ini bila aku memulakan nafas baru di kolej.
azrul, maafkan aku, ya?

begitu juga dengan kes pija. aku memang jahat, kan sayang? andai kau tidak tangkap aku malam itu, entah sampai bila akan aku tersedar semula. apa-apa pun, suara kau masih yang dulu dan aku patut ungkapkan kata terima kasih kepada kau atas satu malam yang indah.

bukan sengaja untuk tidak ucapkan "selamat ulang tahun kelahiran" tapi kesibukan sunguh-sungguh memakan diri aku.
aku harap kalian faham.

telah aku katakan seperti di atas - aku bukan sahabat yang baik untuk kamu semua.


p/s : entri ini hanya menginginkan satu kemaafan. tiada yang lain.

25.11.09

Facebook

Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum,

just nak bagitau korang, yang ak dah letak link2 ke facebook budak2 506 07 kat tepi tuh -->
so, use it wisely~

and setahu aku, ade 3 orang agih budak kite tak ade facebook.
belum sampai seru kot..hehehehe~~
tapi takpe, aku hormat ngan kputusan korang x buat facebook..


ker aku yang terlepas pandang?hurm...

takde aper2 dah..

paka!!!
*bye!!!

malas nk taruk tajuk

first time nak nyebok

ha,aku nak tanye bebudak laki nih
bagaimana idop korang skarang?
gembira?tensen?sedih?overexcited? RASA NAK KAWEN?

oh maaflah ye,aku tanye cmtuh sbb,
aku tak paham,asl bebudk kat sni nih
suke sgt nak kawen?
em,not exactly kawen,
tapi hitbah la,cam dalam cite ketika cinta bertasbih tuh
(ak tgk sbb influence dari bob-bukan nama sebenar-)
ha bob,ko jgn tak tau, ko boleh gak nk hitbah org kalo kat sni,
ad je agensi untuk wat mende tuh
ade je yng telah menghitbah dan dihitbah kat sni

skng nih,aku dengar2 la, mereka2 pelajar lelaki nih
sedang ,mengaim2 org untuk dihitbah
dan aku rasa benda tu sgt kelakar
so aku nak gak tulis kat sini,pedulik apa aku..
so,kawan aku dah di aim r
dan memandangkan aku kenal dengan lelaki-lelaki tersebut
aku rase bende nih lagi kelakar
walaupun sebenarnya diorg agk serius..[-_-"]
cm "korg takde keje ke? exam dah dekat,
mase tak cukup, banyak nk kene study,... n korg nak kawen?"

aku tak tau pesl aku tulih mende nih kt sni,
tapi kawan aku tuh dah tensen la sbb kene aim nih
ha tu la,sape suh memenuhi kriteria mereka (-bertudung labuh-)
lol!!
aku hanya mampu gelakkan die

n masa2 cmnih aku teringat kat
geng2 dwarf aku dulu pija,pain,lisa,stap

hidup sebagai kanak2 riang adlah yang terbaik aku rasa...^_~
maybe..

19.11.09

Dialog

Ko sekolah maner dulu?
MRSM Tun Ghaffar Baba. best giler dow sekolah tuh..

Asal ko cakap camtuh pulak?
Sebab kelas 506. (n_n) v

Lor, awat nyer ngan kelas tuh?
Soklan bodoh dow ko tanyer. sebab adek bradek aku tuh sumer best!!!i miss every second and every single laugh, quarrel, cry, sleep, and many more.

Ow, bukan ker..time form 4 ko nanges2 nak balek Jalan Tiga balek?
*speechless*..err...mak aku citer kat ko ye? hurm, tuh dulu. bukan sebab homesick!! aku nanges sebab aku tak dapat belajar. sejarah pun aku dapat 56 for the first test. sampai jadi anak emas cikgu Jue. haih~~

ko nieh...kat UTP tak best ker??
UTP best!! tapi aku hidup ngan laki jer kat cnieh. means, makan, belajar, tido..sume ngan laki. kat 506 dulu, makan samer2, ade aper2 kongsi laki pompuan. belajar samer2. kalo ade past year paper tuh, wat samer2..(ade ker??!!~) best r, banyak sharing..heheh~

ow, macam best jer bunyik. ker ade sebab2 laen nieh?
sebab laen? ow..ade2!!! kitorang salu buat menda2 pelik.hohoho..ade tuh, kitorang jual buah limau, jual lollipop. buat dedication. pastu2, kitorang jual lempeng(?), ngan cucur bawang. heheheh!~hepi dow that time. eh.

ade agi!!

kitorang maen badminton kat tepi kelas, pastu conteng ceiling. cyap kantoi ngan cikgu ammar agi,dye bace cmnie, "....ow, 1986...eh, nie 2007. md hairman? " .kitorang senyap jer..hehehe..kitorang ader wat barbeque kat tepi kelas. 4 kali kitorang buat!! ade satu hari tuh, tyme tuh ramai yang balek. kitorang buat steamboat. makan ngan borak2, gelak2. senak perut kot! huhuh...

giler r. serious??!
betul la, takkan aku nak tipu ko lak. hehehe..

mm...jap, ade pompuan kan? so..ko penah ader minat saper2 tak kat dalam kelas tuh?heheh..
ade2!! ade la dalam...4 orang. banyak kan? tenang jer. minat je kot. tak de ape2 pun. ngee!~tapi last2, aku anggap sume macam sibling aku jer.

korang contact2 agih tak?
hurm, macam aku..aku contact gak la certain2. ade yang dah ade life2 sendirik. malas gak nak kacau. blog nie jer penghubung ngan kitorang sumer. kalo facebook, tak sume orang ader. tu la..susah sikit. hurm...

ko ingat lagi tak name classmate ko nieh?
MESTILAH IGT!!!
ijat, lisang, syaqeef, haziq, azwa ira, pain tak matang, hosni, bob, wan puk, seha, kak chik, liyana, pija chan, intan, haidar bulu, jamal unta, hairman, ebal, meyna ngan mire won. pastu2, kalo form 4 pulak... haslah aka ali, aina, fazlina ngan fahmi nangim. heheheh~tak tau la pulak kalau yang 406 sebelum budak gogo masuk. hurm..

kedudukan meja korang camner lak? ingat agih?
ingat2..tuh pun ngan bantuan sikit2 dari meyna, bob, ngan hairman.



rase2, kau nak tak jumpe balek sumer?
nak la!! konfem2 la. amenda la soklan ko nieh. tuh salah satu impian aku sekarang. hehhehe..~

with ♥,
azrul azwar bin samsuddin
0.azeroll.0@gmail.com

abang

dulu, aku berlipur lara tentang hikayat aku dan dia.
sekarang, izinkan aku bercerita kisah yang lain pula.

***

kaki menapak keluar.
dalam bilik itu aku rasa sesak nafas.
entah, tiba-tiba rasa begitu.
hakikatnya, aku lemas bernafas dalam dimensi yang mana manusia-manusianya sedang galak menangis, bersendu, bersedih, berhiba.

tembok ego tak mahu lagi aku pecahkan.
aku dapatkan abang cepat.

"apsal kau tak join dorang?" dia tanya.

lagak seperti tak puas hati bila lihat aku belum mahu titiskan air mata perpisahan seperti perempuan lain.

"nanti lah"

aku lihat muka abang keronyok sedikit.
silap.
keronyok banyak sejujurnya.
ye lah.
ini hari terakhir.
ini hari penghabisan.
ini saki-baki yang tinggal.

aku dan abang akan pisah.
pisah kejap lagi.

abang campak kayu atas bumbung.
berdua kami duduk atas hamparan rumput kering.

TAP!

lagi sekali abang baling ranting kayu mati.
atas bumbung bangunan yang kami hadap, aku lihat macam-macam objek telah dia buangkan.
namakan sahaja.
kayu buruk. batu kecil. kaki kerusi.

"kejap lagi, kita semua dah tak jumpa"
"lek aa" dia cuba tenang-tenangkan aku.

aku cuma mampu perhatikan kelakuan abang.

"weyh, aku pun nak baling jugak"

terus tangan capai batu sebesar penumbuk yang betul-betul ada dalam lingkungan radius aku dan abang.
tanpa akal waras, aku panjangkan tangan lalu

"paaiin!"

aku sempat dengar suara abang di balik telinga,
tapi yang lebih jelas adalah bunyi



kaca pecah.


erk.

aku tercengang.


otomatis, manusia dalam bilik itu terus menancap pada cermin yang sudah berantakan seribu.
sememangnya mereka tiada klu dengan apa yang baru berlaku.
mimik-mimik mereka hanya mencuakkan aku.
aku diserang perasaan takut.

lantas aku pandang abang.
saat itu, jantung berdegup lebih kencang dari kadar normalnya.
pandangan itu sebenarnya sedang memintakan kata-kata abang yang mampu tenangkan aku kembali.

"aku baru je nak halang kau tadi, kau terus baling batu tu"

aku sengih.
tanda aku tidak mahu mengaku salah.



haih, apa khabar cermin di 506 itu?

terjumpa


it's undeniable.

kita-kita ini rupanya comel suatu ketika dulu.

sangat.

7.11.09

PCR SOng

Salam..SAje je nak buat kemunculan kat blog ni. kawan aku jumpe lagu ni kay internet. Lawak haram pasal lagu ni cite pasal PCR or Polymerase Chain Reaction. yakni satu proses yang kite gunakan untuk banyakkan (multiply) jumlah DNA daripada DNA sample yang ada.

Contohnye, polis nak siasat crime, rogol la sebagai contoh. Forensik akan amek pape tinggalan tubuh badan perogol tersebut untuk ekstrak DNA. pape sahaja tinggalan tubuh - bodily fluid, nails, hairs, etc etc.

DNA yg de pada sample tu mungkin sikit untuk dibuat test banyak2 kali, so PCR digunakan untuk "klon" kan DNA-DNA tersebut supaya banyak kali boleh kene test!

Sape balajau bio tahulah mereka.. nyway, just enjoy the song..actually its a commercial, promoting a PCR machine.

haha =)


_

The PCR Song

There was a time when to amplify DNA,
You had to grow tons and tons of tiny cells.
Then along came a guy named Dr. Kary Mullis,
Said you can amplify in vitro just as well.
Just mix your template with a buffer and some primers,
Nucleotides and polymerases, too.
Denaturing, annealing, and extending.
Well it’s amazing what heating and cooling and heating will do.

PCR, when you need to detect mutations.
PCR, when you need to recombine.
PCR, when you need to find out who the daddy is.
PCR, when you need to solve a crime.

(repeat chorus)
_