Showing posts with label contengan farahin. Show all posts
Showing posts with label contengan farahin. Show all posts

21.7.11

badminton

(noun) - a game like tennis played by two or four people, usually indoors. Players hit a small light kind of ball, originally with feathers around it (= a shuttlecock ) across a high net using a racket.




i couldn't help myself when playing.
the bruise seems not to fade anyway.
and everytime i look at it, i realize,
there's no one ever warn me, just the way you did about years ago, azrul.

1.2.11

selamat tahun baru cina, kalian

miss molly yang baik!
:)

31.1.11

apa yang miss molly tunjukkan

ni semua rekod yang miss molly simpan sampai sekarang


lajur kedua yang terakhir tu, markah UPSS kita


klik untuk imej yang lebih besar.
sekarang, siapa rindu TGB,
angkat tangan!
:)

29.1.11

sila respon

aku ada something yang miss molly tunjukkan.
siap tangkap gambar lagi.
korang nak tengok tak?

21.11.10

mengulangkaji

aku baca balik.

sedih. noktah.

22.9.10

lagi satu

klik untuk imej yang lebih BESAR

detik akhir - hosni salleh

duduk termenung mengira detik
mengenang nasib silam yang tak kan balik
mengenang memori hati terusik
saling berdosa tiada serik

saat akhir telah pun hadir
masing-masing merasa hiba
mata bergenang laksana kaca
memikirkan esok tiada bersama

sungguh pun lama kita bersama
baru semalam terasa bersua
berbulan-bulan berkongsi tawa
berbulan-bulan berkongsi duka

sebak sungguh rasanya hati
mengenang nasib di hari nanti
apakah bisa bergurau begini?
apakah bisa bertemu lagi?

wajah kalian tiada dilupa
wajah-wajah saling bersenda
wajah-wajah saling mengata
berbagai ragam berbagai rupa

apa lagi jalan yang mampu
hanya doa pengiring kalbu
moga sentosa kita selalu
moga tercapai cita nan satu

berpisahlah kita membawa diri
mengejar cita menggapai mimpi
hanya berserah pada ilahi
moga berjumpa di lain hari

25.8.10

cerita daku (sambungan)

baiklah para pemain. memandang aku begitu malas nak skroll dan klik, maka aku tulis semula hasil penulisan kita bersama.
dan aku sudah sambungkan sedikit ceritanya di hujung pos ini.

just edit this post and tambah cerita dan quote sapa tambah
***

pada suatu hari, askar itu bertanya, "mana kedai makan?".
makcik ds menjawab, "asal tanya aku?".
askar pun membalas, "bukan ke awak punya kedai makan?".

makcik cuma diam.

"daaahhh!!!balik-balik!!!" jerit pak cik serigala dari luar kelas menghalau budak-budak yang tengah stay up kat kelas.

lalu askar menyorok.
makcik ds diam lagi. dalam hatinya merungut, "ahh, tu mesti tak balik rumah la tu malam ni. penat aku masak".
sejenak makcik ds itu teringat akan ayam lebihan tengahari tadi...

"owhh...kena sorok nih...nanti ade pulak budak yang nak bukak puasa sunat isnin khamis datang mintak"

"mak! bangun mak!"

makcik ds tersentak dari tidurnya lalu melatah;

"Kupon mane kupon???!!!"

"Kupon ape pulak ni mak?" sergah anak sulungnya. Darah mudanya menyirap. Masakan tidak, sudah pukul 6. Lagi sejam sebelum berbuka.

Perasaan rindu Makcik DS terhadap hosni tidak terhilang-hilang dalam sanubarinya. dia masih tidak faham akan keadaan ini.

lantaran kerinduan yang sarat itu,

"hosni, kau dah masak lauk ayam untuk berbuka ke?"

Makcik DS rupanya tersasul melaungkan pertanyaan yang terselit dengan nama "hosni" sambil tangannya melegakan pelipis mata. liat bercmapur malas, dia bangkit dari tempat tidur dan kaki mengatur langkah ke muka pintu dapur.

"apa Hosni ni mak?! ni Sahar la. SAHAR. tu la, tidur lagi waktu lepas asar"

bermasam muka, Sahar terus menyambung kerjanya menyiapkan juadah berbuka.

"sabar je aku dengan mak ni..."
getus hati Sahar.

Sahar cuma diam sambil mengatur pinggan mangkuk dimeja. Sejak bapanya bercuti ke hatyai awal ramadhan baru ni, beliau lah yang banyak menolong ibunya.

"Mak sebut kupon tadi..nampaknye mak mimpi pasal mende tu lagi", hati Sahar berbisik.

Benaknya memutarkan memori lama puluhan tahun dulu mengenai sekeping kupon. Ya, kupon yang hampir-hampir sahaja memporak perandakan keluarganya.

Sahar sangat benci akan keadaan ini. Siapakah Hosni yang selalu dibilang ibunya itu?
Kekasih ibunya?

"Ah,tergamak aku fikir begitu" bisik hati Sahar.

"Nak tak nak, aku mesti mencari si bedebah Hosni tu" Sahar bermonolog.

kupon itu, menurut kata orang-orang kampung, sangatlah berpuaka. Wak Seman sendiri yang tinggal belakang rumahnya, pernah menyebut bahawa kupon itu pernah meragut primadona kampung mereka, Aisyah. cerita Wak Seman kebanyakkannya berlegar pada kecantikan Aisyah. katanya, siapa-siapa yang terpandang lenggok tubuh Aisyah yang menggiur itu ketika dia berjalan dari pasar, pasti tergugat iman tak kira yang sudah bergelar suami, haji, tok kadi, tok imam, tok siak mahupun mereka yang masih bujang terlajak.

"Wak asek cerita pasal si Aisyah tu je. saya tak nampak pun apa buruknya kupon tu. entah-entah, Wak buat cerita je ni!"

"hei, kau dengar sini. kupon tu la yang buat Aisyah mati terkejut tau tak. aku sendiri nampak mayat dia keras. kau jangan cuba nak tuduh aku buat cerita! sekali kena dekat keluarga kau, jangan kau salahkan aku tak bagitau pulak"

Wak Seman terus memecut laju motor kapcainya dan meninggalkan Sahar yang sedang terpinga-pinga.

"Sahar...ambilkan air" getusan kecil ibunya mengejutkan Sahar dari lamunannya.

Hairan. Orang tua ni tak puasa ke? Bukan ke dah lama beliau menopause?

"Mak, kan puasa ni" kerut dahi Sahar.

"Mak tahu..Sengaje mak nak uji kau. Dah, mari tolong mak siap2 kan apa yang patut. Malam ni kau balik awal sikit dari terawih, tolong mak kemas rumah. Esok Abang Long kau nak balik. Lame dah mak tak jumpe cucu mak."

Sahar cuma mengangguk, namun sempat juga menggerutu cemburu standard orang melayu dalam hati.

"huh, kalau org KL nak balik, mulalah beria-ia"

seusai solat waktu maghrib di biliknya, Sahar bersiap-siap memakai minyak atar dan kopiah. kunci motor dicapainya dari atas almari sebelah tv. dia berkira-kira mahu datang awal ke surau kali ini.

tiba-tiba...

(first off all, tibe2 coupon. aku mana tau korang carut ape.)
sambungan wan

datang seseorang lelaki memberi salam.
"assalamualaikum Sahar" kata lelaki itu.

Sahar bergegas ke pintu halaman. Disangkakan Abang Longnya, akan tetapi bukan. Sahar tercengang.

muka lelaki itu sangat bengis, seolah2 ingin menyembelihnya disitu juga.

"Seha ada?" kata lelaki itu.

"Ibu sedang mandi..encik ni siapa?
lewat maghrib lawat ni cik, xelok" ujar Sahar.

"Saya..Hosni.datang kerana ingin berurusan dengan Seha tentang sesuatu yang amat penting. ini melibatkan harta dan nyawa." kata lelaki itu.

Sahar terkejut. Inilah Hosni yang disebutkan selama ini. Apa maksud Hosni tentang harta dan nyawa? Adakah kupon itu benar-benar puaka seperti mana disebut Wak Seman?


24.8.10

status

i was scrolling the facebook news feed and i found these.





seems like, we're not ok, huh?

1.8.10

entri pendek

1. hanya pemberitahuan.

2. dalam entri ni, aku dah cakap. sekarang, aku guna alamat yang ini pulak.

3. sila kemaskini url aku di blog kalian.

4. itupun, kalau kalian sudi lah. tak paksa pun.

5. selamat hari lahir untuk syazwan!


p/s : aku nak jadik orang terawal. boleh kan, wan?

27.7.10

kahwin

i was all alone just now, 30 minutes before mom get back from school. in that 30 minutes, i drew this hena on my right hand. it isn't so difficult to have it because i used to draw hena ever since i was 15. this photo shows my simple design. i intend to develop my skill from time to time so that there will be variety of designs i can do.
well, just in case you guys are planning to get married, feel free to contact me at 013-*** *** 7. there will be no fee charged. it's free ok because i am your friend.

loves,
farahin.


5.7.10

bila aku bukak blog kelas dengan kakak aku

kakak aku cakap kat aku - "i thought you were washed away"

aku balas - "i wish i could"

jujur kan?

owh, by the way, jom layan lagu ni. aku pagi-pagi memekak dengan lagu ni tau.



p/s : terima kasih kakak kerana menjadi batu api.
p/ss : dia ada di sebelah.
p/sss : *tepuk dahi*

16.12.09

fakta : nombor keperibadian aku ialah lapan


sini ada lapan mutiara titik (baca: point) tentang gambar ni :

1- hosni pandang tempat lain. kau pahal muka tak ready haa?

2- anak cikgu suhaily. huish! tension aku dengar budak tu menangis tak henti-henti. aku bukannya sengaja buat dia menangis. aku 'haaa!' je pada dia, pastu dia panik - terlepas pegang tangan cikgu. terus dia nangis. hadoi...

3- dua makhluk ni. dua-dua pandang tempat lain. sorang ke kiri sorang ke kanan. elok lah tu.

4- yee...sesungguhnya, haziq macam tak puas hati dengan cameraman. eit, siapa cameraman kita time ni?

5- pija, senyuman kau memang thumbs up! you pleeeeaaasssee (dengan gaya menggoda ala-ala hosni) ajarkan i senyum macam tu...

6- letak tangan aku dengan intan sama. ini satu kebetulan dan ini sangat lawa.

7- manakala letak tangan meyna macam nak menasyidkan sesuatu. hahaha

8- lastly, aku jealous liyana dapat tempat depan sekali. uuuurrrggghh!!
ok, liyana duduk sangat ayu.

28.11.09

aku bukan sahabat yang baik untuk kamu semua

sebab.

ada banyak sebab yang boleh aku berikan. tapi, untuk hari ini, aku ingin bentangkan sebab yang paling jelas di mata kasar kamu semua, yakni, aku makin layu dalam mengingati tarikh-tarikh lahir kalian.

sebelum aku bermadah bicara lebih lanjut, izinkan aku mengucapkan kata maaf.
klise, tapi apa lagi mampu aku buat? cuma maaf dan maaf yang boleh aku pintakan.
dan sesungguhnya, aku mengharapkan kalian yang berhati mulia akan memaafkan kekhilafan aku ini. sedarlah, aku hanya satu figura yang penuh dengan elemen kelemahan seperti, dalam konteks ini, aku lemah dalam menjaga hati-hati kalian.

ah, manusia selalu bikin alasan untuk melepaskan diri, kan? tapi, aku ikhlas ni. jadi, tolonglah maafkan aku.

***

aku masih ingat, tika tarikh lahir aku berlabuh, hidup aku dalam satu hari keramat itu penuh dengan pengucapan daripada kamu-kamu. walau sekadar melalui teks ringkas, nyata teknologi membantu kita untuk terus berhubung. aku pasangkan senyuman paling panjang di muka dan hati terharu mengenangkan betapa hebat kalian mengingati aku.

untuk itu, terima kasih.

***

tarikh penting tersebut terus meninggalkan aku dan aku lalui detik-detik hidup yang penuh kesibukan. ye, aku lelah malah aku letih hinggakan tapak kaki bagai tidak terpijak dek tanah. terasa masa cukup pantas ghaib dan lesap begitu saja. dalam benak ini, hanya aku fikirkan kerja, kuiz, peperiksaan, ulangkaji. proses pemikiran itu dikerjakan berulang-ulang untuk kesekian waktunya. maka, secara jujur aku katakan, tiada sezarah ruangan dalam benak itu yang boleh aku sisipkan tarikh-tarikh lahir kalian.
aku terlupa dan teralpa.

azrul, sebagai contohnya, benar-benar aku terlupa akan tarikhnya. lantas, maha besar dosa yang terjatuh di kiri kanan bahu aku. kalian tahu bukan bahawa aku dan dia cukup, memang cukup rapat. pun begitu, kuasa keakraban sebuah persahabatan tidak dapat terus kekal bertapak dalam hati ini bila aku memulakan nafas baru di kolej.
azrul, maafkan aku, ya?

begitu juga dengan kes pija. aku memang jahat, kan sayang? andai kau tidak tangkap aku malam itu, entah sampai bila akan aku tersedar semula. apa-apa pun, suara kau masih yang dulu dan aku patut ungkapkan kata terima kasih kepada kau atas satu malam yang indah.

bukan sengaja untuk tidak ucapkan "selamat ulang tahun kelahiran" tapi kesibukan sunguh-sungguh memakan diri aku.
aku harap kalian faham.

telah aku katakan seperti di atas - aku bukan sahabat yang baik untuk kamu semua.


p/s : entri ini hanya menginginkan satu kemaafan. tiada yang lain.

19.11.09

abang

dulu, aku berlipur lara tentang hikayat aku dan dia.
sekarang, izinkan aku bercerita kisah yang lain pula.

***

kaki menapak keluar.
dalam bilik itu aku rasa sesak nafas.
entah, tiba-tiba rasa begitu.
hakikatnya, aku lemas bernafas dalam dimensi yang mana manusia-manusianya sedang galak menangis, bersendu, bersedih, berhiba.

tembok ego tak mahu lagi aku pecahkan.
aku dapatkan abang cepat.

"apsal kau tak join dorang?" dia tanya.

lagak seperti tak puas hati bila lihat aku belum mahu titiskan air mata perpisahan seperti perempuan lain.

"nanti lah"

aku lihat muka abang keronyok sedikit.
silap.
keronyok banyak sejujurnya.
ye lah.
ini hari terakhir.
ini hari penghabisan.
ini saki-baki yang tinggal.

aku dan abang akan pisah.
pisah kejap lagi.

abang campak kayu atas bumbung.
berdua kami duduk atas hamparan rumput kering.

TAP!

lagi sekali abang baling ranting kayu mati.
atas bumbung bangunan yang kami hadap, aku lihat macam-macam objek telah dia buangkan.
namakan sahaja.
kayu buruk. batu kecil. kaki kerusi.

"kejap lagi, kita semua dah tak jumpa"
"lek aa" dia cuba tenang-tenangkan aku.

aku cuma mampu perhatikan kelakuan abang.

"weyh, aku pun nak baling jugak"

terus tangan capai batu sebesar penumbuk yang betul-betul ada dalam lingkungan radius aku dan abang.
tanpa akal waras, aku panjangkan tangan lalu

"paaiin!"

aku sempat dengar suara abang di balik telinga,
tapi yang lebih jelas adalah bunyi



kaca pecah.


erk.

aku tercengang.


otomatis, manusia dalam bilik itu terus menancap pada cermin yang sudah berantakan seribu.
sememangnya mereka tiada klu dengan apa yang baru berlaku.
mimik-mimik mereka hanya mencuakkan aku.
aku diserang perasaan takut.

lantas aku pandang abang.
saat itu, jantung berdegup lebih kencang dari kadar normalnya.
pandangan itu sebenarnya sedang memintakan kata-kata abang yang mampu tenangkan aku kembali.

"aku baru je nak halang kau tadi, kau terus baling batu tu"

aku sengih.
tanda aku tidak mahu mengaku salah.



haih, apa khabar cermin di 506 itu?

19.3.09

ini entri sinikel

"aku rindu adi 6ixth sense!"

best tak kalau aku luahkan perkara macam tu kat dalam rumah kita ni?

heh. meraban je farahin ni.

dalam sehari (sepanjang aku cuti ni - ye, KMS sedang bercuti!), dah berapa kali aku bertendang bertandang dapur rumah 506. tetap, aku taktau nak baca apa lagi. tetap, aku taktau nak tulis apa lagi.

andai mahu coretkan kisah 506, apa lagi yang mahu aku huha-huha kan? kenangan semata.
kang kalau aku kasi entri berkisar kenangan, dikatanya aku ni pathetic. zombie. asek pandang belakang. hidup dalam memori lama. bla bla bla.

(haah, memang aku terasa gila bila kamu lontarkan picisan sinis itu)

andai mahu lakarkan kisah aku, baik berkunjung ke rumah aku. macam-macam boleh dapat. dari A sampai Z. nah, klik sini.

hem...jadik, apa yang aku boleh buat dalam dapur ni?
ok, barangkali hanya sekadar ziarah, gerakkan bola mata dari kiri ke kanan, pastu tutupkan tetingkap blog ni.

ya...mungkin itu yang terbaik.

p/s [1]: mahu katakan aku narrow-minded? haah, memang betul pun. tapi, ade. aku. kisah?
p/s [2]: wan, aku tak pms. cuma emo sikit.
p/s [3]: pahal aku emo ni? sengal.

6.3.09

aku teringin

...nak belajar pasal anatomi wajah perempuan.

aaih!!

tiba-tiba, perasaan ingin menimba ilmu biologi menjalar dalam diri. huh, apa kes?

tak kisah la apa kes dia. dah memang aku terasa macam tu. nak buat macam mana kan? aku mana ada kuasa nak halang feeling-feeling dari masuk ke saluran arteri, vena dan kapilari meresap ke dalam tubuh ni. jadik, kebarangkalian aku merindui subjek biologi sangat lah tinggi ok. lagi-lagi aku merindui tangan hangat cikgu rae.

"cikgu, apa kabar cikgu di sana? maafkan saya tak es-sem-mes cikgu. saya sibuk"

ah, alasan klise semata. kan?
tapi itulah kebenarannya. program a-level tesl makin padat. aktiviti kokurikulum tak terkira sudah. kelas petang tak mengenal lagi erti kepenatan seorang budak genit macam aku. atmosfera peperiksaan makin mengambil ruang oksigen aku. maka, pernafasan sudah tercungap-cungap. emosi pula berantakan habis. tanah bagai tak cukup nak dijejak gara-gara mengejar kelas sana-sini.

"oh Tuhan, kasi aku kekuatan. boleh kan?"

program tesl tidak sesekali menyentuh kulit-kulit ilmu sains. waima sedikit pun tidak. segalanya berkisar cerita bahasa (baca : language). cerita rakyat (baca : sosiologi).

"cikgu, lepas level ni, saya tak boleh tinggi lagi ke?"
"cikgu, dari sini, darah tu nak pergi mana?"
"cikgu, macam mana nak tau? saya takmo jadik pembawa"
"cikgu, saya ni darah apa? A, B, AB atau O? konfius la"
"cikgu, kenapa kita tak belajar alat sulit laki dengan detail? asek belajar perempuan punya je. kenapa kita tak belajar pasal air mani? buhsan la pasal haid ni"

betapa tololnya aku dahulu kala tapi cikgu rae tetap layan aku. tetap tersenyum. tetap bertutur kata penuh hikmah.

"cikgu, betul tak cara saya label gambar rajah ni? ngeee..."

ni lah yang terjadik pada budak genit kalau merindui sangat-sangat subjek biologi. habis dicontengnya gambar.

apa kata korang pos gambar korang yang terbaru pulak?

p/s : gambar itu bertarikh 05.03.09. sekian terima kasih

kalau tak boleh pandang belakang, ayuh ikut aku pandang depan

entri ini juga perlukan imaginasi kamu. tanpa imaginasi, tiada magis.

***

"kak, please drive for me. rasa malas pulak nak drive. kereta malaysia tak sama dengan kereta kat auckland tu"

dialog itu bersahut dengan tawa gelak terbahak dari aku. sambil tu selendang dibetul-betulkan. mekap kasi tipis saja. tak ada lipstik. kang alergik, habis aku. cukup takat pakai bedak muka, celak sikit and...perfume.
kasut, handphone, purse, handbag.

aku sempat pandang cermin sebelum keluar dari bilik. great!

"ngada la kau ni. eee..nasib baik ada sorang je adik pompuan. reunion tu kat mana?"

terdengar kunci kereta dicapai dari dinding.

"hihi..aku tau kau baik. jap...em let see...kat...tgb. eit, nanti cakap dengan abah and umi, maybe kitorang round-round melaka sekali tau"
"balik nanti?" enjin kereta berderum kuat.
"pandai-pandai la aku balik. kan aku dah 28. i'm not a kid anymore, kak"
"ye la tu...but you still kid to me"

***fast foward***

"yana! meyna!"
"AAAA! farahin!"

bersorak sakan kami semua. berpelukan sudah tak terkira.

dari kejauhan tu jugak aku nampak dua tiga lelaki sedang galak borak. muka masing-masing sukar nak aku tafsirkan dan cam. semuanya berpakaian kasual, namun, masih lagi tampak segak. rambut tidak lagi sekusut-masai tika dulu kala. imej sudah melambangkan mereka menginjak usia matang. bukan pra-matang lagi. di satu sudut lain pula, ternampak beberapa lelaki dan perempuan lain. juga sedang berborak dan menikmati segala bagai juadah.

aku senyum. segalanya berubah.

"bila due dia yana?"
"lambat lagi. baru four months ni"
"wah...kau meyna, where's your husband?"
"tu, kat sana. amek air untuk aku"

aku senyum lagi.

"aku nak jumpa pija jap. excuse me ladies"

"pija!"
"woi pain!" gelak tawa bersatu.
"walamak...kau still macam dulu ek"
"ek ek jangan main eh..aku baling shelipor kang!" aku paling pada suara tu. jamal!
"weyh unta!"
"jangan la panggil unta. bini aku tau kang"
"mana bini kau?"
"tu haa" pija tunjuk.

sesuai. sangat sesuai. orang johor katanya. aku mengundur diri untuk ketemu rakan yang lain.

engineer yang berjaya. masing-masing gah dengan title.

azrul, hairman, bob, syazwan, hanif. semua dah berpasangan. kalau tak bawak bini, bawak tunang. kalau bukan tunang, pasti kekasih hati. tapi, tak lihat pula kelibat pasangan syazwan.

"mana soulmate kau, wan?"
"on call. pukul lima petang esok baru balik"
"hihihi. sabar la ya, wan"

syazwan hanya mampu calitkan senyuman dan kemudian, sambung borak dengan sahabat yang lain. apa lagi ingin dibicarakan bila berkumpul begini ramai?

kehidupan. pasangan. kerja. kenalan.

"weyh, haziq sms aku tadi. dia mintak maaf sebab tak boleh nak attend reunion ni. katanya, balik honeymoon from China, dia post-kan sorang-sorang souvenir" syaqif, peguam bicara yang boleh tahan lagaknya, melaungkan sekuatnya pengumuman itu.

"haziq dah nikah ke?" aku soal lisa.
"dah. raya puasa tahun lepas"
"owh..ye ke"

mana mungkin aku hadiri majlis pernikahan itu. tika itu aku masih bizi menstabilkan kehidupan sendiri.

cikgu seha...aku lempiaskan ketawa dalam hati. tak pernah sangka dia jadik cikgu. fashion seha dah lain sekarang ni. tip-top. begitu juga dengan doktor hosni. siapa sangka budak yang dulu penuh idea lucu dalam kepala otak berubah menjadi seorang tabib moden?

tak semua yang hadir rupanya. intan tiada. pasti sibuk dengan kerja sebagai pakar sakit puan. mire juga tiada kelibatnya. ikut husband duduk dekat oversea ke? kak chik pula, entah la...iqbal...

"kau bila lagi pain?" tersentak aku dengan soalan azwa.
izat dah senyum-senyum. aku makin bingung.

"bila apanya?"
"having someone speci..."

TAP!

pukulan manja kena pada azwa. aku tawa lagi.

"tak sampai seru la. hahahahaha. mungkin takkan pernah ada seru kot. hahaha"
"aih, takkan tak ada kot" izat celah habis.

diam lagi better dari komen apa-apa. aku putuskan untuk mengubah tajuk perbualan.

***

petang yang indah menyaksikan 506 bersatu kembali....

***

p/s [1] : kali ni aku pandang depan. amacam? siapa berani nak marah aku?
p/s [2] : ini hanya rekaan. tak tau betul ke tak bila masa akan datang

1.3.09

zombie

aku rase, ape yang kau rase tu macam same je ngan ape yang aku rase. (eh, paham tak ayat ni?).
aku tengah living in da past la ni.
gile.
macam zombie je.
alih-alih, aku bukak kotak ajaib, aku belek benda-benda yang penah korang kasi. benda yang slalu aku tengok, 'name tag' yang si intan buat sebab benda tu ada dalam dompet aku.
tak pon, aku tengok gambar. haiz.
mangkok lah.
dah tu, skang ni pihak kolej buat prep malam. lagi la.
bukan sekadar prep malam, dia suro kitorg buat study grup!
blaja dalam grup. serius weyh, mengingatkan aku pada silam. tambah pulak study grup aku ngam-ngam empat orang.
2 laki 2 pompuan.
tak ke haru dibuatnye?
sorang tu saiz dia ala-ala azrul. sorang lagi saiz dia ala-ala hosni. sorang tu budak pompuan (bukan saiz azwa, mintak ampun lah).
jujur aku cakap, time prep malam, berapa kali aku menerawang entah ke mana sampai aku cakap kat dorang

"korang ni mengingatkan aku kat tgb la. dulu study grup aku empat orang gak. 2 laki 2 pompuan. kau (sambil tunjuk kat kwn tu) mcm kwn aku yg dulu tu. kau pulak (tunjuk lagi sorang) mcm ala-ala hosni".

pastu, disebabkan mereka tu macam grup aku kat 506, aku kadang2 terlepas jugak perangai 'ketok pen'. fuh!
mantap tak mantap sampai sorang yang ala-ala azrul tu (named to be nizar), dok tiap hari kena dengan aku. pedulik hape aku.
dah situasi tu membuatkan aku hidup macam zombie, perangai aku pon macam zombie la.
asal dia buat salah sikit dengan aku, memang mampos la. pen tu kan melayang. tapi aku ketok kat tangan, not kepala. then, elok pulak dia balas balik pukol aku....
jadik, ni semua mengingatkan aku pada siapa apa?
yang best nye, grup lain penah nampak aku naik atas meja semata-mata berperang 'ketok pen'. hihihi.
nasib la classmates aku bagi muka yang bawak maksud;

"biase la tu. bawang. memang tak heran kalau dia macam budak-budak"

aku tak tau la kalau classmates aku sekarang ni perasan ke tak yang aku selalu sebut;

"kelas aku yang dulu, ada jugak buat macam tu"
"dulu kelas aku kena buat study grup"
"kelas aku kat tgb memang buat menatang tu. memang best ah"

aduh. wake up la, sayang.
aku sampai terpaksa solatape-kan satu ayat dekat meja study aku.

"grip yourself to the reality, farahin"

ah, sudah!
sampai macam tu sekali.

ok la sahabat, aku kena stop. sat lagi nak balik kolej dah. untuk info korang, aku sekarang ni dah ada penyakit.
penyakit-nak-balik-rumah-tiap2-minggu.
dan sebenarnya, entri kali ni adalah respons daripada entri ni.

adios people~

p/s: next time, aku nyanyikan lagu lain pulak ok.

28.2.09

lagi tentang kita

untuk entri kali ni, aku maukan imaginasi kamu semua. tiada imaginasi, tiada magis.

***

aku angkat gitar. duduk di atas bangku. chord dipetik. alunan suara dilontarkan.

***

"guys, this is for you...empty decorations"

I wake in the dawn to showers of light
Moments of emptiness around
Floating away with auras of hope
But reality brings me to the ground

dah dua tahun spm tinggalkan kita. dua tahun tu jugak aku bangun, celik mata, tiada apa. langsung tiada suara-suara itu.

"bangun bangun!"
"breakfast makan apa aa?"
"roll-call. cepat lah. nanti masuk court macam seha, buat malu"

aku tersenyum. roll-call-berdarah.


"jap, yang ni kau guna formula yang mana?"
"eh, kau bawak tak buku penulisan aku?"
"karangan semalam aku tiru si pain je"
"pinjam bio nanti. nota kau cun"
"pai nanti konfem aku tegak. munakahat. mesti best gile"

What can I do?
What can I say?
I need a place to hide away
Just for a while, just for a smile
Just for the life I used to know

rindunya zaman itu. zaman hingusan. zaman kita hempas-pulas sebab spm. zaman kita hargai masa yang cepat berlari. zaman yang kita cipta seribusatu kenangan.

"set C, cepat lah!"
"pasni memang aku tidur la. malas nak dengar cikgu jem dok cerita"
"eh bob, amek kan kalkulator aku tu"
"intan, tunggu sat!"
"weyh, buku tu kau tak bawak ke?"


zaman kita tercungap-cungap mengejar kelas. mengejar makmal. cikgu rae. hajah noorliza. cikgu suhaily.

Where every song
Was filled with words of love and not with anger
Where did they go?
Why did they leave me far behind?

"makan apa aa tengahari ni?"
"ayam!"
"last sekali waktu apa?"
"bm"

tepuk dahi. damn!

'Cause I don't wanna be alone
Living life all on my own
I don't want to live my life in isolation
Filled with empty decorations
'Cause I wanna be with the people that I know
Who will do the things I do

"kau apsal tak makan kat ds?"
"nak cepat la"
"tak bawak pulak kuat harimau?"
"pain, matured girls use axion. not kuat harimau"

Making all my dreams come true
I don't recognize the shadows on my door
Although I've seen them all before
Because the only thing I really want is to be with you

PAP!

"yes, aku menang"
"eeuuww. geli dowh. buang la pembaris tu"
"hahaha. takpe la, pembaris ni khas untuk pukul lalat je"

PAP!

"pergh..guna sandal. tak leh bla. mampos tiga"
"aku dah ada soft-skill weyh. aku dah bleh pukul lalat"

TAP!

"sakit la. jangan ketuk pale dengan pen"

TAP!

"amek ko. sape suruh ketuk aku tadi"


I look at the sky, it looks back at me
I can't hear the silent melodies
I know that I'm here yet I am lost
Blown in confusion by the breeze

"apsal prep malam sunyi semacam ni"
"hosni, kau terang sikit pasal female reproductive system. yang oogonia, oocyte"
"masa tu, baru lah UMNO ditubuhkan. cuba teka tarikh dia"
"11 mei"
"aku dah paham pasal logic gate. baru petang tadi hairman tunjuk"
"kau buat apa tu?"
"addmath"
"owh, yang past years question eh?"


Hiding my face, crying alone
I need to find my way back home
Back to the place, the wonderful days
Living the life I used to know

kalau kat kolej rasa sunyi, serius aku rasa nak balik dekat kelas buruk tu. kelas yang sepah dengan buku. sepah dengan surat kabar. sepah dengan kertas.

sepah-sepah pun, tu jugak yang buat aku terjungkit senyum.
sepah dengan lawak. sepah dengan moment indah. sepah dengan gaduh-manja. sepah dengan air mata. sepah dengan tawa mesra.


Where every smile
Was born out of love and of sincerity
And every tear of overflowing joy

"syaqif!!"
"pasni kita kasi sebaldi air ni tau"
"sape yang nak kentang tadi?"
"sosej je? aku nak ayam. amek kan sekali fishball tu"
"bulat dia macam pipi pija la"
"nak kipas gak"
"jangan buat macam tu. nanti api padam. degil betul la kau ni"

'Cause I don't wanna be alone
Living life all on my own
I don't want to live my life in isolation
Filled with empty decorations
'Cause I wanna be with the people that I know
Who will do the things I do

"ala, pasni paper 3 bio. pastu tak jumpa kau dah"
"hish, emosi aku macam tak stabil la"
"yang ni ke yang dorang target masuk?"
"jap jap. kalau hypothesis tu, buat dalam bentuk soalan atau macam cikgu buat aritu?"
"cikgu rae kata toksah baca dah"
"waaaa..tunggu lagi satu jam lebih, pastu merdeka weyh!"

Making all my dreams come true
I don't recognize the shadows on my door
Although I've seen them all before
Because the only thing I really want is to be with you...

*kesat air mata*

"yeah...the only thing i really want is to be with you, people"


-in memory 506 -


p/s: apsal la aku nye entri macam emo semacam. shit!

22.2.09

kisah budak pendek dan budak jawa

meh sini dekat-dekat. aku mau putarkan kenangan lalu. kenangan antara kamu-kamu yang aku cintakan.
tapi cerita ini aku spesifikasikan kepada seorang saja.
pun gitu, jangan lah makan hati.
kalau Tuhan izinkan, aku akan titipkan kenangan antara aku dan kamu pula. ok?

ini kisah budak pendek (sila baca: comel) dan juga seorang budak jawa.

owh, aku lupa.

budak jawa ada dua, maka aku pilihkan yang satu itu. yang selalu bermain bola keranjang, yang selalu makan dadih, yang ambil berat akan semua orang, yang terel addmath dan fizik, yang selalu tertidur tika atmosfera subjek sejarah mengambil ruang kelas. iye, kamu. kamu yang duduk di bangi tu.

jom kita kembali zaman kita jadik budak form four. masuk kelas yang baru tu. luasnya!
tapi kedudukan kelas macam hape. ingat lagi sesi perkenalan. tika itu prep malam. aku bizi coretkan assigments aku, namun demi hormatkan kalian-kalian yang baru masuk, aku berhenti. mendengar tiap patah perkenalan kamu semua. masing-masing masih malu. melihat kau melintas mata aku, tercetus satu komentar dari hati,

"poyo nye"

kata orang, tak kenal maka tak cinta, kan?
itu cuma impressi pertama aku terhadap kau. negatif? owh tidak tidak. itu separa negatif dan positif, tapi terletak pada kamu untuk klasifikasikan kepada apa. yang penting, aku hanya jujurkan apa yang terkeluar dari hati.

malam perkenalan, aku sempat tangkap huruf-huruf yang berbunyi H.O.S.N.I. barangkali sebab dia ejakan dalam satu kertas yang mudah untuk aku baca dalam hati. tapi, nama kau...hmm..sumpah aku tak dengar. iye, aku langsung tak dengar ok. mungkin kau lontarkan separa jelas dan telinga aku lambat menangkap. maka aku tak dengar.

"ha? apa nama dia?"

aku soalkan pada manusia sebelah.

ingat lagi bila cikgu suhaili tak puas hati dengan koordinat kelas. huh, aku pun tak puas hati jugak. bahkan, aku rasa macam nak keluar dari kelas tu. nasib baik kita ada cikgu suhaili, kan?
dan cikgu tempatkan kau di belakang barisan aku.

dari situ kita bercakap dan cakap. baru aku tau seribu satu perkara tentang kau. macam-macam. paling tak boleh bla, kita kongsi lagu yang baru dengar. ingat lagi lirik yang aku calitkan atas kertas biasa? entah ke mana hilangnya kertas tu.

banyak kali juga aku toleh belakang. berbicara dengan insan sebelah kau. dengan kau. hingga terbit kemesraan.

owh indahnya dunia form four!

pun begitu, bila jadik budak form five, satu perubahan drastik berlaku. atas siapa? aku bingung saat tu. aku yang berubah kah? atau kau? atau atmosfera kita?
yang mana satu?
ah, persetankan tu semua. aku masih tetap aku yang dulu. tiada beza. gelak tawa aku masih sama. suara aku masih yang itu. kepala aku gila-gila jugak. awal tahun memang menyakitkan hati aku. tapi aku tak salahkan sesiapa. aku salahkan keadaan. ya, keadaan. barangkali kamu-kamu semua sudah matang. maklum saja, kita kan budak form five. cuma aku ini yang masih kebudakan, yang masih tidak mahu pegang pada realiti yang aku memegang usia tujuhbelas tahun. huh, ada aku kesah?

manusia mengata di belakang

"kenapa dia cam tu ha?"

aku tersenyum sinis. mana aku tau. nak aku jawab

"batu hempap kepala dia, jadik dia bengong seketika"

atau

"kepala terhantuk kat dinding. fius dia terputus sikit"

begitu?

tapi syukur, kau macam sami buddha untuk moment yang sementara. meski ada satu hari, aku tolol tentang fizik. aku berkira mahu tanyakan kau. dan kau tolong aku antara reaksi nak dan taknak.
hati ni tidak sensitif mana hinggalah dia katakan

"kau nampak tak yang dia layan kau macam nak tak nak?"

aku pekakkan telinga. aku biarkan kenyataan tu berlalu dibawa angin sejuk. walau hati ni sudah cukup setuju.

kemudian, adanya krisis. entahlah. soal koordinat meja dan kerusi yang menjadi isu. kerana demokrasi, kita berdiskusi bagai nak gila. macam tiada hari esok untuk kita-kita. haih...aku pikir kamu-kamu sudah matang, rupanya tu cuma ilusi semata.

aku senyum.

kamu-kamu masih lagi sahabat aku. yang kepala tak betul. yang patah perkataan mengundang tawa. yang hatinya terasa dekat saja pada aku. kematangan itu cuma satu kain halus yang menutup diri kamu semua. padahal, kita masih budak hingusan walau pegang status budak form five.

"mereka masih yang dulu"

aku senyum lagi.

ya...krisis tu cukup merenggangkan hubungan kita. macam hape. bagai api dalam sekam. luar tampak elok, dalam tampak api menjulang tinggi.
lalu aku rasakan

"bila nak berakhir semua ni?"

demokrasi jadik pilihan, tapi ada jugak pihak yang bangkang. ah, manusia. memang begitu kan?
dan sahabat, aku penat menjaga hati kalian.
iye, aku jujurkan apa yang ada di hati.
tempoh itu cukup menyeksa hati aku yang sekeping ini. sungguh.
hendak jagakan sahabat yang ini, sahabat itu pula terasa. jadik, bagaimana?
jika kau ada dalam situasi aku, apa yang kau buat?

aku pilih untuk biarkan saja. sebab aku pegang kata

"carik-carik bulu ayam, akhirnya jumpa juga".

kita kan adik-beradik. kenapa perlu berbalah?

ooppss..aku makin melalut. ok, ok. ayuh kembali pada cerita aku.

dan kemudian, aku bersama dengan kau. iye, dengan kau. di sebelah kau. dengan adanya hosni dan sahabat yang korang selalu tawakan. hahaha.

indahnya dunia form five!

tapi indah mana, masa seakan cepat berlari. kritikal mana keadaan kita, kita galas sama-sama. sesenang mana keadaan kita, kita kongsi sama-sama.
pahit bercampur manis. kenangan aku berkocak warna-warni. rasa macam tidak mahu berganjak dari dunia budak form five. biarlah tarikh spm statik di situ. dan biarlah kita hidup selamanya dalam dunia ciptaan kita.

owh ya, ingat lagi tak, saat spm mendekati kita, kita bersama sahabat lain mengangkat raket dan melambung bulu tangkis bersama?
bila masa aku sakit tangan, kau jeling dengan panahan mata memberi arahan

"jangan main farahin, nanti tangan sakit"

lalu aku tidak ambil pusing dengan amaran tu. aku butakan saja renungan tajam kau. jahat kan aku ni?
kemudian kau merajuk dan aku bingung tahap karma memikirkan bagaimana ingin memujuk kau. kau selalu begitu. meletakkan aku dalam situasi yang sukar.
namun aku tau, kau lakukan demikian sebab kau punya hati yang luas. hati yang luhur. yang selalu ingin mengambil berat akan semua orang.

terima kasih.


*diam*


kini, kita di mana?


*diam lagi*


sudah la, aku ingin berhenti berlipur lara tentang kisah kita. sebab sebak makin memenuhi dada ini. cuma aku ingin kau tahu, harta kenangan antara kau dan aku cukup berharga. ye, sangat.
mana mungkin limakosongenam ditukar ganti?
mana mungkin..
tiada yang lain, hanya kita-kita yang unik. hanya kita-kita yang terbaik. hanya kita-kita yang gila. kebudakan.

*senyum*

kalau diizinkan Tuhan, aku kepingin bertemu kamu.

"moga kau bahagia"