28.1.09

aku tidak tahu

biler hari pertama menjejakkan kaki ke mrsm jasin(aka mrsm TGB)
aku muler merasakan yg ak akn menuju..
menuju ke alam yg lbih dewasa..mungkin..
adakah aku dah bersedia??
adakah ini dunia untuk aku??
aku tidak tahu...
hanya Allah yang tahu..

perasaan mula mencengkam jiwa..
jiwa mula meronta-ronta..
mngatakn bhawa ak tidak patut ada di sini..
kmatangan aku....
adkah selari dngan mereka??
pmikiran ku samakah dengan mereka semua...
aku tidak tahu..
hanya Allah yang tahu..

ke kelas 506 aku tuju..
kaki berat untuk melangkah..
tetapiu niat hati untuk belajar..
langkah ku menjadi ringan..
oh ayah..oh ibu..ku memenuhi impian mu..
budak-budak bekas mrsm..
adakah mereka akan mnerima pelajar-pelajr seperti aku??
samakah cara pembelajaran kami??
aku tidak tahu...
hanya Allah yang tahu..

namun..
semua nya telah berubah..
setelah 2 tahun melayari bahtera yang sarat dengan ilmu..
aku sudah tahu..
kami mempunyai pemikiran yang sama..
walaupun kematangan yang berbeza..
sejak langkah pertama ku ke 506..
aku tidak menyesal akan keputusan ku...
kerana...


sekarang aku sudah melaluinya...
bukan Allah sahaja yang tahu..
aku pun sudah tahu...
Alhamdulillah~

0_o

26.1.09

sory~

korg..di sini ak nak memohon maaf atas ke-bz-an ak..
smpi ade yg anta msg ak xlayan lgsg..
serius sory gile2..
tp dinner yg ak handle tuh da berlalu da haha~
lega sgt2 rasanye..
puas ati gile..berbaloi pnat lelah ak selama nih hehe~
nak tau lg, baca blog ak..
xnak baca sudah~~

24.1.09

Tuan Hosni : Kita Masih Kawan

Seremban, 24 Januari - Tuan Hosni semalam telah mengadakan satu sidang khas media di Klana Resort Seremban bagi menjawab pendapat rakannya Azrul dan Syazwan di dalam blog kelas mereka. Menurut beliau, persahabatan itu tetap akan berkekalan hingga ke akhir hayat, namun yang akan memudar ialah kekacipan. Perkara begini adalah lumrah, dan bukan satu perkara bijak jika terus berdegar-degar tentang hal demikian.

"Beliau perlu sedar, bahawa kita semua sudah pun membawa apa nama...........hala tuju masing-masing. Kita semua punya pekerjaan sendiri. Sibuk tu memang alasan retorik, itu tidak dinafikan. Memanglah biasa kita dengar ungkapan-ungkapan seperti; sibuk pun takkan tak boleh luang masa sedikit untuk blog kelas group kelas dan sebagainya. Perkara ini memang saya akui ada kebenarannya. Tapi alasan retorik busy itu sama sekali tidak boleh diketepikan karena ia memang ada apa nama...........munasabahnya"

Apabila diminta untuk mengulas lanjut, beliau hanya menambah yang beliau sama sekali tidak akan memencilkan hubungan kelas ini, dan akan berusaha sebaik mungkin, untuk kekal dalam perhubungan, melalui metode-metode yang ada. Namun, menurut beliau lagi, komitmen yang beliau beri bukanlah sepanjang masa lantaran masing-masing juga punya pekerjaan mustahak. kata beliau, beliau akan berbuat sebaik mungkin untuk menghidupkan suasana, namun usaha beliau tidak akan berguna jika tidak ada sokongan.

"Kita kena ada pemangkin. Kalau semua malu-malu, maka susahlah. Tambah pula semua orang pun sibuk. On9 pun seminggu sekali. sekejap pula tu. ada blog sendiri untuk diurus. Namun semua ini tidak jadi penghalang jika kita ada ikatan yang baik. Dan saya percaya, yang ikatan pernah kuat ini, akan kembali menjadi kuat, malah lebih kuat lagi dari sebelumnya," kata beliau dengan nada Khairy Jamaluddin yang sopan.- BERNAMA


_