Seremban, 24 Januari - Tuan Hosni semalam telah mengadakan satu sidang khas media di Klana Resort Seremban bagi menjawab pendapat rakannya Azrul dan Syazwan di dalam blog kelas mereka. Menurut beliau, persahabatan itu tetap akan berkekalan hingga ke akhir hayat, namun yang akan memudar ialah kekacipan. Perkara begini adalah lumrah, dan bukan satu perkara bijak jika terus berdegar-degar tentang hal demikian.
"Beliau perlu sedar, bahawa kita semua sudah pun membawa apa nama...........hala tuju masing-masing. Kita semua punya pekerjaan sendiri. Sibuk tu memang alasan retorik, itu tidak dinafikan. Memanglah biasa kita dengar ungkapan-ungkapan seperti; sibuk pun takkan tak boleh luang masa sedikit untuk blog kelas group kelas dan sebagainya. Perkara ini memang saya akui ada kebenarannya. Tapi alasan retorik busy itu sama sekali tidak boleh diketepikan karena ia memang ada apa nama...........munasabahnya"
Apabila diminta untuk mengulas lanjut, beliau hanya menambah yang beliau sama sekali tidak akan memencilkan hubungan kelas ini, dan akan berusaha sebaik mungkin, untuk kekal dalam perhubungan, melalui metode-metode yang ada. Namun, menurut beliau lagi, komitmen yang beliau beri bukanlah sepanjang masa lantaran masing-masing juga punya pekerjaan mustahak. kata beliau, beliau akan berbuat sebaik mungkin untuk menghidupkan suasana, namun usaha beliau tidak akan berguna jika tidak ada sokongan.
"Kita kena ada pemangkin. Kalau semua malu-malu, maka susahlah. Tambah pula semua orang pun sibuk. On9 pun seminggu sekali. sekejap pula tu. ada blog sendiri untuk diurus. Namun semua ini tidak jadi penghalang jika kita ada ikatan yang baik. Dan saya percaya, yang ikatan pernah kuat ini, akan kembali menjadi kuat, malah lebih kuat lagi dari sebelumnya," kata beliau dengan nada Khairy Jamaluddin yang sopan.- BERNAMA
_
5 comments:
aku xske bc post ko
serabut
a stab in my heart
hahahaha!
wan, *give me five*
yeah~~
wat posting panjang2 ag
haha
my say
my right
Post a Comment