10.8.10

cerita daku

pada suatu hari
sila komen dan sambung cerita:









hahaha lama da tak main ni :P

25 comments:

lordhosni said...

Askar itu bertanye;

farahin said...

mana kedai makan?

HE said...

makcik ds menjawap

azrul kacak bergaya said...

"asal tanyer aku?"

HE said...

askar pon membalas

lordhosni said...

bukan ke awak....

farahin said...

punya kedai makan?

lordhosni said...

makcik cuma diam.

bob said...

"daaahhh!!!balik2!!!"jert pak cik serigala dari luar kelas menghalau bdk2 yg tgh stay up kt kls!

bulu said...

likes bob's comment...
hahah tergelak2 aku bace...
kau ni..dah 3taun tngglkan mktab pon ko nk buat lawak psl dia..lol

farahin said...

T_T potong stim betul lah. orang tengah syok main ni

Anonymous said...

lalu askar menyorok

lordhosni said...

((cop...cop...boleh jawab panjang2 macam bob ke?))

farahin said...

mana boleh. dia limit tiga huruf je kan?

farahin said...

silap. tiga perkataan -___-"

lordhosni said...

((tapi takbest dowh...macam lambat sangat perkembangan cite die..macam cerekarama malam sabtu pulak..lembab! so dengan ini majlis fatwa 506 bersetuju dengan cara bob))

yg ni aku sambung pulak;


Mak Cik DS diam lagi. Dalam hatinya merungut. "ahh, tu mesti tak balik rumah la tu malam ni. penat aku masak."

_

bob said...

sejenak mak cik ds itu teringat akn ayam lebihan tgh hari td...
"owhh..kena sorok nih..nnti ade pulak bdk yg nk bkak pose sunat isnin khamis dtg mntk"...

lordhosni said...

"Mak! bangun mak!"

MAkcik DS tersentak dari tidurnya lalu melatah;

"Kupon mane kupon???!!!"

"Kupon ape pulak ni mak?" sergah anak sulungnya. Darah mudanya menyirap. Masakan tidak, sudah pukul 6. Lagi sejam sebelum berbuka.

Wan Harun said...

Perasaan rindu Makcik DS terhadap hosni tidak terhilang2 dalam sanubarinnya. die masih tidak faham akan keadaan ini

farahin said...

lantaran kerinduan yang sarat itu,

"hosni, kau dah masak lauk ayam untuk berbuka ke?"

Makcik DS rupanya tersasul melaungkan pertanyaan yang terselit dengan nama "hosni" sambil tangannya melegakan pelipis mata. liat bercmapur malas, dia bangkit dari tempat tidur dan kaki mengatur langkah ke muka pintu dapur.

"apa Hosni ni mak?! ni Sahar la. SAHAR. tu la, tidur lagi waktu lepas asar"

bermasam muka, Sahar terus menyambung kerjanya menyiapkan juadah berbuka.

"sabar je aku dengan mak ni..."
getus hati Sahar.

Lord Hosni the Wise said...

Sahar cuma diam sambil mengatur pinggan mangkuk dimeja. Sejak bapanya bercuti ke hatyai awal ramadhan baru ni, beliau lah yang banyak menolong ibunya.

"Mak sebut kupon tadi..nampaknye mak mimpi pasal mende tu lagi", hati Sahar berbisik.

Benaknya memutarkan memori lama puluhan tahun dulu mengenai sekeping kupon. Ya, kupon yang hampir2 sahaja memporak perandakan keluarganya.

Wan Harun said...

Sahar sangat benci akan keadaan ini. Siapakah Hosni yang selalu dibilang ibunya itu?
Kekasih ibunya?

"Ah,tergamak aku fikir begitu" bisik hati Sahar.

"Nak tak nak, aku mesti mencari si bedebah Hosni tu" Sahar bermonolog.





(asl kupon! xphm)

lordhosni said...

((wan...apsal kalau ko sambung cerita, mesti takde kesinambungan dr komen sebelum......haiz..))

farahin said...

(haah la, wan. takde kesinambungan. hahahah. ok ok. aku sambung dari komen Hosni)

kupon itu, menurut kata orang-orang kampung, sangatlah berpuaka. Wak Seman sendiri yang tinggal belakang rumahnya, pernah menyebut bahawa kupon itu pernah meragut primadona kampung mereka, Aisyah. cerita Wak Seman kebanyakkannya berlegar pada kecantikan Aisyah. katanya, siapa-siapa yang terpandang lenggok tubuh Aisyah yang menggiur itu ketika dia berjalan dari pasar, pasti tergugat iman tak kira yang sudah bergelar suami, haji, tok kadi, tok imam, tok siak mahupun mereka yang masih bujang terlajak.

"Wak asek cerita pasal si Aisyah tu je. saya tak nampak pun apa buruknya kupon tu. entah-entah, Wak buat cerita je ni!"

"hei, kau dengar sini. kupon tu la yang buat Aisyah mati terkejut tau tak. aku sendiri nampak mayat dia keras. kau jangan cuba nak tuduh aku buat cerita! sekali kena dekat keluarga kau, jangan kau salahkan aku tak bagitau pulak"

Wak Seman terus memecut laju motor kapcainya dan meninggalkan Sahar yang sedang terpinga-pinga.

lordhosni said...

"Sahar...ambilkan air" getusan kecil ibunya mengejutkan Sahar dari lamunannya.

Hairan. Orang tua ni tak puasa ke? Bukan ke dah lama beliau menopause?

"Mak, kan puasa ni" kerut dahi Sahar.

"Mak tahu..Sengaje mak nak uji kau. Dah, mari tolong mak siap2 kan apa yang patut. Malam ni kau balik awal sikit dari terawih, tolong mak kemas rumah. Esok Abang Long kau nak balik. Lame dah mak tak jumpe cucu mak."

Sahar cuma mengangguk, namun sempat juga menggerutu cemburu standard orang melayu dalam hati.

"huh, kalau org KL nak balik, mulalah beria-ia"

_