25.8.10

cerita daku (sambungan)

baiklah para pemain. memandang aku begitu malas nak skroll dan klik, maka aku tulis semula hasil penulisan kita bersama.
dan aku sudah sambungkan sedikit ceritanya di hujung pos ini.

just edit this post and tambah cerita dan quote sapa tambah
***

pada suatu hari, askar itu bertanya, "mana kedai makan?".
makcik ds menjawab, "asal tanya aku?".
askar pun membalas, "bukan ke awak punya kedai makan?".

makcik cuma diam.

"daaahhh!!!balik-balik!!!" jerit pak cik serigala dari luar kelas menghalau budak-budak yang tengah stay up kat kelas.

lalu askar menyorok.
makcik ds diam lagi. dalam hatinya merungut, "ahh, tu mesti tak balik rumah la tu malam ni. penat aku masak".
sejenak makcik ds itu teringat akan ayam lebihan tengahari tadi...

"owhh...kena sorok nih...nanti ade pulak budak yang nak bukak puasa sunat isnin khamis datang mintak"

"mak! bangun mak!"

makcik ds tersentak dari tidurnya lalu melatah;

"Kupon mane kupon???!!!"

"Kupon ape pulak ni mak?" sergah anak sulungnya. Darah mudanya menyirap. Masakan tidak, sudah pukul 6. Lagi sejam sebelum berbuka.

Perasaan rindu Makcik DS terhadap hosni tidak terhilang-hilang dalam sanubarinya. dia masih tidak faham akan keadaan ini.

lantaran kerinduan yang sarat itu,

"hosni, kau dah masak lauk ayam untuk berbuka ke?"

Makcik DS rupanya tersasul melaungkan pertanyaan yang terselit dengan nama "hosni" sambil tangannya melegakan pelipis mata. liat bercmapur malas, dia bangkit dari tempat tidur dan kaki mengatur langkah ke muka pintu dapur.

"apa Hosni ni mak?! ni Sahar la. SAHAR. tu la, tidur lagi waktu lepas asar"

bermasam muka, Sahar terus menyambung kerjanya menyiapkan juadah berbuka.

"sabar je aku dengan mak ni..."
getus hati Sahar.

Sahar cuma diam sambil mengatur pinggan mangkuk dimeja. Sejak bapanya bercuti ke hatyai awal ramadhan baru ni, beliau lah yang banyak menolong ibunya.

"Mak sebut kupon tadi..nampaknye mak mimpi pasal mende tu lagi", hati Sahar berbisik.

Benaknya memutarkan memori lama puluhan tahun dulu mengenai sekeping kupon. Ya, kupon yang hampir-hampir sahaja memporak perandakan keluarganya.

Sahar sangat benci akan keadaan ini. Siapakah Hosni yang selalu dibilang ibunya itu?
Kekasih ibunya?

"Ah,tergamak aku fikir begitu" bisik hati Sahar.

"Nak tak nak, aku mesti mencari si bedebah Hosni tu" Sahar bermonolog.

kupon itu, menurut kata orang-orang kampung, sangatlah berpuaka. Wak Seman sendiri yang tinggal belakang rumahnya, pernah menyebut bahawa kupon itu pernah meragut primadona kampung mereka, Aisyah. cerita Wak Seman kebanyakkannya berlegar pada kecantikan Aisyah. katanya, siapa-siapa yang terpandang lenggok tubuh Aisyah yang menggiur itu ketika dia berjalan dari pasar, pasti tergugat iman tak kira yang sudah bergelar suami, haji, tok kadi, tok imam, tok siak mahupun mereka yang masih bujang terlajak.

"Wak asek cerita pasal si Aisyah tu je. saya tak nampak pun apa buruknya kupon tu. entah-entah, Wak buat cerita je ni!"

"hei, kau dengar sini. kupon tu la yang buat Aisyah mati terkejut tau tak. aku sendiri nampak mayat dia keras. kau jangan cuba nak tuduh aku buat cerita! sekali kena dekat keluarga kau, jangan kau salahkan aku tak bagitau pulak"

Wak Seman terus memecut laju motor kapcainya dan meninggalkan Sahar yang sedang terpinga-pinga.

"Sahar...ambilkan air" getusan kecil ibunya mengejutkan Sahar dari lamunannya.

Hairan. Orang tua ni tak puasa ke? Bukan ke dah lama beliau menopause?

"Mak, kan puasa ni" kerut dahi Sahar.

"Mak tahu..Sengaje mak nak uji kau. Dah, mari tolong mak siap2 kan apa yang patut. Malam ni kau balik awal sikit dari terawih, tolong mak kemas rumah. Esok Abang Long kau nak balik. Lame dah mak tak jumpe cucu mak."

Sahar cuma mengangguk, namun sempat juga menggerutu cemburu standard orang melayu dalam hati.

"huh, kalau org KL nak balik, mulalah beria-ia"

seusai solat waktu maghrib di biliknya, Sahar bersiap-siap memakai minyak atar dan kopiah. kunci motor dicapainya dari atas almari sebelah tv. dia berkira-kira mahu datang awal ke surau kali ini.

tiba-tiba...

(first off all, tibe2 coupon. aku mana tau korang carut ape.)
sambungan wan

datang seseorang lelaki memberi salam.
"assalamualaikum Sahar" kata lelaki itu.

Sahar bergegas ke pintu halaman. Disangkakan Abang Longnya, akan tetapi bukan. Sahar tercengang.

muka lelaki itu sangat bengis, seolah2 ingin menyembelihnya disitu juga.

"Seha ada?" kata lelaki itu.

"Ibu sedang mandi..encik ni siapa?
lewat maghrib lawat ni cik, xelok" ujar Sahar.

"Saya..Hosni.datang kerana ingin berurusan dengan Seha tentang sesuatu yang amat penting. ini melibatkan harta dan nyawa." kata lelaki itu.

Sahar terkejut. Inilah Hosni yang disebutkan selama ini. Apa maksud Hosni tentang harta dan nyawa? Adakah kupon itu benar-benar puaka seperti mana disebut Wak Seman?


24.8.10

status

i was scrolling the facebook news feed and i found these.





seems like, we're not ok, huh?

22.8.10

Four is better than one.

terima kasih atas kerjasama chef-chef men-"decorate" blog ini.

14.8.10

Lalalalaa~

12.8.10

Ramadhan

11.8.10

Salam Ramadhan

SELAMAT BERPOSE SUME~

semoga puasa untk tahun ni lebyh bek dr taon2 sebelumnyer.

10.8.10

cerita daku

pada suatu hari
sila komen dan sambung cerita:









hahaha lama da tak main ni :P

1.8.10

entri pendek

1. hanya pemberitahuan.

2. dalam entri ni, aku dah cakap. sekarang, aku guna alamat yang ini pulak.

3. sila kemaskini url aku di blog kalian.

4. itupun, kalau kalian sudi lah. tak paksa pun.

5. selamat hari lahir untuk syazwan!


p/s : aku nak jadik orang terawal. boleh kan, wan?

Mimpi

Assalamualaikum. :)

Walaupun aku baru pos, ak nak pos lg.

Semalam ak mmpi cikgu bm kte, cikgu fauziah!!!

Aku mmpi dalam kelas la.

Tapi aku xigt klasmate nye sapa, ak tau ad dak AAJ la sesat wahahha.

Tapi ak rasa da rest dak 506 kot.

huhu. lawak la. xleh blah.

Apsal tbe2 mmpi dia eh?

ape kabar la dia agaknye ye..