19.11.09

abang

dulu, aku berlipur lara tentang hikayat aku dan dia.
sekarang, izinkan aku bercerita kisah yang lain pula.

***

kaki menapak keluar.
dalam bilik itu aku rasa sesak nafas.
entah, tiba-tiba rasa begitu.
hakikatnya, aku lemas bernafas dalam dimensi yang mana manusia-manusianya sedang galak menangis, bersendu, bersedih, berhiba.

tembok ego tak mahu lagi aku pecahkan.
aku dapatkan abang cepat.

"apsal kau tak join dorang?" dia tanya.

lagak seperti tak puas hati bila lihat aku belum mahu titiskan air mata perpisahan seperti perempuan lain.

"nanti lah"

aku lihat muka abang keronyok sedikit.
silap.
keronyok banyak sejujurnya.
ye lah.
ini hari terakhir.
ini hari penghabisan.
ini saki-baki yang tinggal.

aku dan abang akan pisah.
pisah kejap lagi.

abang campak kayu atas bumbung.
berdua kami duduk atas hamparan rumput kering.

TAP!

lagi sekali abang baling ranting kayu mati.
atas bumbung bangunan yang kami hadap, aku lihat macam-macam objek telah dia buangkan.
namakan sahaja.
kayu buruk. batu kecil. kaki kerusi.

"kejap lagi, kita semua dah tak jumpa"
"lek aa" dia cuba tenang-tenangkan aku.

aku cuma mampu perhatikan kelakuan abang.

"weyh, aku pun nak baling jugak"

terus tangan capai batu sebesar penumbuk yang betul-betul ada dalam lingkungan radius aku dan abang.
tanpa akal waras, aku panjangkan tangan lalu

"paaiin!"

aku sempat dengar suara abang di balik telinga,
tapi yang lebih jelas adalah bunyi



kaca pecah.


erk.

aku tercengang.


otomatis, manusia dalam bilik itu terus menancap pada cermin yang sudah berantakan seribu.
sememangnya mereka tiada klu dengan apa yang baru berlaku.
mimik-mimik mereka hanya mencuakkan aku.
aku diserang perasaan takut.

lantas aku pandang abang.
saat itu, jantung berdegup lebih kencang dari kadar normalnya.
pandangan itu sebenarnya sedang memintakan kata-kata abang yang mampu tenangkan aku kembali.

"aku baru je nak halang kau tadi, kau terus baling batu tu"

aku sengih.
tanda aku tidak mahu mengaku salah.



haih, apa khabar cermin di 506 itu?

terjumpa


it's undeniable.

kita-kita ini rupanya comel suatu ketika dulu.

sangat.

7.11.09

PCR SOng

Salam..SAje je nak buat kemunculan kat blog ni. kawan aku jumpe lagu ni kay internet. Lawak haram pasal lagu ni cite pasal PCR or Polymerase Chain Reaction. yakni satu proses yang kite gunakan untuk banyakkan (multiply) jumlah DNA daripada DNA sample yang ada.

Contohnye, polis nak siasat crime, rogol la sebagai contoh. Forensik akan amek pape tinggalan tubuh badan perogol tersebut untuk ekstrak DNA. pape sahaja tinggalan tubuh - bodily fluid, nails, hairs, etc etc.

DNA yg de pada sample tu mungkin sikit untuk dibuat test banyak2 kali, so PCR digunakan untuk "klon" kan DNA-DNA tersebut supaya banyak kali boleh kene test!

Sape balajau bio tahulah mereka.. nyway, just enjoy the song..actually its a commercial, promoting a PCR machine.

haha =)


_

The PCR Song

There was a time when to amplify DNA,
You had to grow tons and tons of tiny cells.
Then along came a guy named Dr. Kary Mullis,
Said you can amplify in vitro just as well.
Just mix your template with a buffer and some primers,
Nucleotides and polymerases, too.
Denaturing, annealing, and extending.
Well it’s amazing what heating and cooling and heating will do.

PCR, when you need to detect mutations.
PCR, when you need to recombine.
PCR, when you need to find out who the daddy is.
PCR, when you need to solve a crime.

(repeat chorus)
_